create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, May 14, 2012

:::Ekonomi Asas ting.5 (Bab 1) - Bank:::

1.2: BANK

Apa yang kita pelajari di dalam Ekonomi Asas SPM, bank terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

1. Bank Perdagangan

2. Syarikat Kewangan

3. Bank Saudagar

4. Bank Pusat

Saya syorkan kepada para pelajar agar menumpukan kepada Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan Bank Pusat sahaja.

Fungsi Bank Perdagangan yang utama terbahagi kepada 4 (sebenarnya ada 5) iaitu:-

Menerima Simpanan / Deposit - iaitu deposit semasa, deposit tabungan dan deposit tetap


Deposit Semasa - boleh guna cek, tidak dibayar faedah, ada caj bank, tidak menggunakan buku simpanan dan boleh mohon kemudahan overdraf.

Deposit Tabungan - boleh dikeluarkan bila-bila masa, ada buku simpanan, diberi faedah dan ada kad bank.

Deposit Tetap - simpanan untuk satu tempoh tertentu dan kadar faedah tinggi.

Memberi Pinjaman iaitu overdraf, akaun pinjaman dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.


Overdraf - adalah pendahuluan jangka pendek, untuk pemegang akaun semasa sahaja, boleh keluarkan wang melebihi jumlah deposit dan dikenakan faedah.

Akaun Pinjaman - pinjaman bercagar, pinjaman persendirian dan pinjaman melalui kad kredit


Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran - membeli bil pada harga yang kurang daripada nilai muka dan ada faedah yang dikenakan.

Membuat & Menerima Bayaran Bagi Pihak Pelanggan iaitu cek, arahan kepada bank, kad kredit, draf bank dan pekhidmatan ATM, teleperbankan & internet


Cek - buat & terima bayaran.


Arahan kepada Bank - perintah sedia ada, debit langsung & pindahan kredit.


Kad Kredit - beli barang secara kredit.

Draf Bank - pengeluaran cek berdasarkan permintaan pelanggan.

ATM, Teleperbankan & Internet - penggunaan terkini.

Mengurus Pertukaran Asing iaitu beli mata wang asing pada harga rendah & jual pada harga tinggi

Konsep Skim Perbankan Islam

Wadiah - pemegang amanah

Mudharabah - perkongsian untung

Murabahah - harga jualan lebih tinggi berbanding harga belian

Musyarakah - perkongsian menjalankan perniagaan

Bai Bithaman Ajil - jualan secara ansuran

Bai At Takjiri - sewa

Fungsi Bank Pusat ada 4 iaitu:-

Mengeluarkan Mata Wang


keluarkan mata wang iaitu wang kertas dan duit syiling

mencetak wang bergantung kepada keadaan

cagaran dalam bentuk emas & pertukaran asing

Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang

mewujudkan sandaran minimum dalam bentuk rizab antarabangsa

mempengaruhi @ mencampuri dalam pasaran pertukaran asing

mengawal inflasi

Jurubank Kepada Kerajaan

mentadbir akaun kerajaan

No comments: