create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, May 14, 2012

:::Ekonomi Asas ting.5 (Bab 1) - Bank:::

1.2: BANK

Apa yang kita pelajari di dalam Ekonomi Asas SPM, bank terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

1. Bank Perdagangan

2. Syarikat Kewangan

3. Bank Saudagar

4. Bank Pusat

Saya syorkan kepada para pelajar agar menumpukan kepada Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan Bank Pusat sahaja.

Fungsi Bank Perdagangan yang utama terbahagi kepada 4 (sebenarnya ada 5) iaitu:-

Menerima Simpanan / Deposit - iaitu deposit semasa, deposit tabungan dan deposit tetap


Deposit Semasa - boleh guna cek, tidak dibayar faedah, ada caj bank, tidak menggunakan buku simpanan dan boleh mohon kemudahan overdraf.

Deposit Tabungan - boleh dikeluarkan bila-bila masa, ada buku simpanan, diberi faedah dan ada kad bank.

Deposit Tetap - simpanan untuk satu tempoh tertentu dan kadar faedah tinggi.

Memberi Pinjaman iaitu overdraf, akaun pinjaman dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.


Overdraf - adalah pendahuluan jangka pendek, untuk pemegang akaun semasa sahaja, boleh keluarkan wang melebihi jumlah deposit dan dikenakan faedah.

Akaun Pinjaman - pinjaman bercagar, pinjaman persendirian dan pinjaman melalui kad kredit


Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran - membeli bil pada harga yang kurang daripada nilai muka dan ada faedah yang dikenakan.

Membuat & Menerima Bayaran Bagi Pihak Pelanggan iaitu cek, arahan kepada bank, kad kredit, draf bank dan pekhidmatan ATM, teleperbankan & internet


Cek - buat & terima bayaran.


Arahan kepada Bank - perintah sedia ada, debit langsung & pindahan kredit.


Kad Kredit - beli barang secara kredit.

Draf Bank - pengeluaran cek berdasarkan permintaan pelanggan.

ATM, Teleperbankan & Internet - penggunaan terkini.

Mengurus Pertukaran Asing iaitu beli mata wang asing pada harga rendah & jual pada harga tinggi

Konsep Skim Perbankan Islam

Wadiah - pemegang amanah

Mudharabah - perkongsian untung

Murabahah - harga jualan lebih tinggi berbanding harga belian

Musyarakah - perkongsian menjalankan perniagaan

Bai Bithaman Ajil - jualan secara ansuran

Bai At Takjiri - sewa

Fungsi Bank Pusat ada 4 iaitu:-

Mengeluarkan Mata Wang


keluarkan mata wang iaitu wang kertas dan duit syiling

mencetak wang bergantung kepada keadaan

cagaran dalam bentuk emas & pertukaran asing

Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang

mewujudkan sandaran minimum dalam bentuk rizab antarabangsa

mempengaruhi @ mencampuri dalam pasaran pertukaran asing

mengawal inflasi

Jurubank Kepada Kerajaan

mentadbir akaun kerajaan

:::Ekonomi Asas:::



Mari mengenali topik mengenai Pasaran dalam Ekonomi Asas

:::Doa Untuk Guru:::

Sempena Hari Guru yang bakal kita raikan..inilah doa semoga guru-guru kita dirahmati ALLAH..

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim
Sesungguhnya Kami tahu bahawa kami adalah hasil kejayaan usaha gigih guru-guru kami yang terdahulu lantas kami sedar betapa pengorbanan para guru terdahulu adalah terlalu mahal nilainya untuk kami balas, oleh itu Ya Allah kami memohon kepadaMu agar Engkau cucurilah rahmatMu kepada mereka , Engkau ampunilah dosa mereka dan Engkau tempatkanlah mereka yang telah pergi meninggalkan kami dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi. Amin Ya Rabbal „Alimin.

Sunday, May 13, 2012

:::Sains:::

Piramid Makanan Baru


Pilihlah amalan pemakanan yang sihat...

Projek poster kami...


:::Sains:::



Fotosintesis

:::Alatan Tangan:::

:::Kemahiran Hidup Tingkatan 1:::

Alatan Tangan


Mari belajar tentang alatan tangan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita...
Selamat mencuba...

:::Ibu:::

 
 
13 Mei 2012..
Setiap tahun kita meraikan Hari Ibu pada minggu kedua bulan Mei..
Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu di Malaysia
khususnya buat ibu kami semua:

Zainab binti Ahmad


Rafeah binti Khalid

Rubiah Binti Bakar


Badariah bt Dagang


:::Pelajar zaman sekarang:::




Ni la dia pelajar zaman sekarang...
semoga video ini menjadi iktibar kepada semua..

:::Motivasi:::



Mari kita hayati video ini...
Khas buat tatapan anda semua....

Friday, May 11, 2012

:::Origami:::


Jom belajar buat origami..

:::Salam 1 Malaysia:::

Salam..
Selamat datang ke blog kami..
Di blog ini kami mempertontonkan beberapa informasi yang berguna untuk anda semua...
Semoga apa yang disampaikan bermakna buat anda...

(",)bintanghatibiru(",)